IPG Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab,Durian Daun,75990,Melaka. Email: purple_ns02@yahoo.com.

Monday, December 10, 2012

JOM UNDI!!!

Assalamualaikum... Hehe..Entry kali lua topik skit. Selalunya beraktiviti, tapi kali ni diberi tugasan jd MC pulee..Jd tak boleh ler nak ambek gambar or rakam panel muslimat berucap.. pergghh, memang mantap.. Ni baru gaya orang ada ilmu bercakap, ada dalil ada fakta ada bukti bukan bercakap pakai nafsu je..

Kalau nak tulis isu tu memang banyak, tapi diri ini baru beberapa tahun jagung, keberanian dan keyakinan 2 masih senipis kulit pisang lagi

Nampak tak wanita hebat yang berbaju serba hijau 2..Beliau lah Ketua Muslimat Muar. Memang hebat sangat dia bercakap sampai tak sedar waktu berlalu. My mak cakap, Tuan Guru Hadi Awang boleh tercengang dengar beliau berhujah.. Ish3..dahsyat..

Barisan Jawatankuasa Muslimat Muar

Nisa dan Aina...beku gusi main dengan dorang ni.

Pengkaji politik dari Selangor, telah membuat kajian tentang politik di negara Malaysia dan menyatakan Johor ada "potensi"..hehe..Semoga diperkenan dan dipermudah. Semoga Allah terus kekal memberi kekuatan iman dan islam untuk kita memilih dan bernegara berlandaskan cara serta syariat Islam

p/s: jom undi..mengundi itu wajib kerana kita berhak memilih siap pemimpin kita. Bukan menjadi kaki politik tapi berpolitik kerana tanggungjawab. 

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA~~~ rahsia kerr???

Friday, November 30, 2012

AcCompLisheD

Assalamualaikum…
Hehe. Misi berjaya. Aku berjaya mengucapkannya tepat pada masanya. Macam biasa dalam pukul 5-5.30 pagi tolong mama bawak barang angkut pergi kedai. Ceh, asyik tengok jam je, pagi2 pakai jam macam nak pergi mana. 5.50 pagi, “Selamat Hari Lahir, ma.. hehe”. Salam dan cium mama. “ingat ko ek, mama pon tak ingat”.  “Ngeh3”.. Cepat2 blah, sebab malu.. Senyum memanjang sampai rumah. Aq ni susah sikit nak ekspres benda2 macam ni dengan kata2.. Yup, bukan anak yang suka bermanja2an macam adik2 yang lain. Tapi, xsemestinya sayang perlu diungkapkan dengan kata2 kn..

Ya, memg kadang dengan kata2 lagi baik dan lagi jelas dan bukan aku xpernah cakap Tapi aku ni kurang r intra personal ni. Jadi aku guna cara yang aku senang dengannya. Dan aku tahu mama tahu aku sayang dia.. Ceh, yakin je.. Aku rasa beban mak aku ni berkurang sikit lepas aku habis sekolah, sebab da tak payah fikir nak sara aku, nak bagi duit tiap2 bulan ke. Rase aku ni beban plak..Bersyukur sebab Allah pilih aku dapat masuk IPG.


Mak aku la yang paling cantik. Haha..Xpuas hati? sile buat aduan pelanggan.xmasalll

Sekarang nak bercita2 tinggi memang tak la.. Setakat jadi fashion designer and advicer mak aku boleh la.. Memang guru la profesionnya. Harapan aku, dapat kurangkan beban mama, adik2 berjaya dan dapat suami yang soleh dan baik..hehehe..gatal, nak jugak selitkan tu..

Dia antara yang tabah, yang kuat. Aku takut apa yang aku buat selama ni atau apa yang akan aku buat pada masa akan datang belum tentu dapat balas pengorbanannya yang terlalu besar.. Semoga dia terus diberi kekuatan, kesabaran, kesihatan dan dipermudah segala urusan. Dijauhkan dari segala bencana. Peroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ampuni dia Ya Rabb.. Amiin

Wednesday, November 28, 2012

KhaTan StorY:::...

Asslamualaikum..this is not my story..my brother's story.. Agk hiperbola kisah kli ni..berpeluh2 smpai..Takut kerrr...Sunat je pon..Cakap je cam 2, semua budak2 ni pakat kate..."akak tak rase!!!!!"..okay2...fine..chillax la..


Sampai je klinik terus senyap..pegang2 tangan aku..Asyik tengok jam je..Maen barang2 aku..itu sangat menunujukkan kegelisahannya..hahaaha

Menghabiskan sisa2 terakhir kehidupan yang penuh dengan kebebasan dengan maen game..

Alhamdulillah selesai..menangis..hehehe..Paling xboleh tahan, die tanya doktor "lame lagi ker?, bile nak habes?" 


Sampai je rumah sume budak2 ni kejar si Ameer...sakit x?ko nanges ke? Haha..Ameer yang paling bising 2 pun smp xleh ckp, debor xhilang lg..
sibuk je budak2 ni..dari kiri : Luqman, Udin (adik diyana), Iman aka Bob, aku, Izan (cousin). dan yang terbaring 2 la Ameer..
Bermula kisah hidup aq sebagai slave kpd kanak2 riang ni..pagi2 bute da tercegat kt anjung rumah..Maen je tau..mangsenye aq..OKAY....THE END? entahler...

Sunday, November 25, 2012

Insomn::..

Penyakit lama datang balik...Tak boleh tidur..round2 dalam rumah macam orang tak betul, siap buat air. FB?bosan..tgok tv? cte ap malam2 bute ni..ok, bukak tv. Tv 9 ad Shout Award! pelik sikit disitu. ceh pas 2 bantai tengok. sampai ada 1 award ni untuk vlog...yes and the nominees are matluthfi, inianwarhadi n so on..confirm matluthfi menang...

mummy riiiiiiimass...haha..sekadar hiasan

PooF!!yes matluthfi menang..ceh mengharap dia naek atas pentas ambek award, tapi macam pelik je nak datang tempat2 macam tu. Haha..kawan die yang selalu dalam video tu yang wakilkan. Penyampai award Siti Saleha n Josiah Hogan.. dengan tanpa ragu2nye Siti Saleha menghulurkan tangan untuk bersalaman mesra dengan beliau dan dengan tanpa ragu2nya beliau terus menolak dengan sekerasnya. Yeah itu dia..gelak sakanku!! wah jahat bebeno kau..:) dan ucapan berharga beliau "Thank you n PELASE HELP AND SAVE GAZA!!" wa tabik spring sama lu..Short, sweet n Powerful untuk kanak2 yang terkinja2 tengah malam tu..konfirm dia datang just nak ambek award and terus balek...hehe


Ceramah kat surau parit amal lpas maghrib tadi sempena 10 Muharram ni..Ust Muhyiddin..banyak yang beliau kongsi. Tapi nak ambek beberapa cebisan yang masih melekat di kepala ni.

1. Kita yang Islam ni kalau jumpa non-muslim jangan benci terus, doakan die dan untuk diri kita sebab mungkin di akhir kehidupan kita dan dia apabila dia memeluk islam, boleh jadi kemuliaan dia lebih tinggi dari kita.

2. Tidak rugi buat keputusan dengan istikharah dan perbincangan. Dan itu antara keputusan yang baik.

3.Belajar sabar seperti pengembala kambing. Kenapa gembala kambing boleh mengajar sabar? sebab kambing adalah binatang yang paling susah nak jaga n dengar kata. :).. Sebab itu Nabi Muhammad ditakdirkan untuk mengembala kambing. Allah ajar Nabi sabar dengan cara itu.

#melakukan kerja yang agk keras utk Disember ni sebagai Doctor, Guardian, Buyer, Driver, Cycler, Candidates n etttccc...

Wednesday, November 21, 2012

LinguistiC Miracle


Assalamualaikum…
Pagi tadi berebut dengan adik2 nak tengok tv. Last2, tertekan “Tanyalah Ustaz”. Ha, ambek kau diam sume. Masih lagi nak berebut?? Apa lg, kuasa veto la. ‘Dah, tgok je Tanyalah Ustaz ni’. Kami berempat pon tengok. Kenapa semua senyap je, rupanya khusyuk dengar ustaz 2 cakap. Siyes, adik aq yang kecik ni pun jadi lupe dengan kete control die. Dr Muhd Sukki Othman, UPM Tajuk: Mukjizat Al-Quran. Short and sweet. Memg sedap dengar ustaz ni cakap.


I’jazulQuran @ mukjizat alQuran. Al-quran merupakan mukjizat dari Allah kpd Rasulullah yang akan kekal hingga akhir zaman. Dan di dalam al-quran juga ada mukjizatnya yang tersendiri. Ada seorang makcik tanya Ustaz. ‘Kita boleh belajar sains ke dalam Al-quran?’ Jawapan : Al-quran ialah Kalamullah bukan kitab sains. Tapi dalam Al-quran terkandung banyak ilmu yang Allah sampaikan termasuk sains.

Contoh, terdapat seorang pengkaji dari Scottland yang cuba mengkaji sesuatu yang 'baharu' untuk PHD nye. Dan hasilnya dia dapati kulit manusia yang telah terbakar, apabila dibakar sekali lagi orang itu tak akan rasa sakit lagi. Tak caye? ce bakar..haha.. Terkejut dan malu sebab baru tahu##.. Pengkaji tersebut berasa bangga dan berjaya mendpatkan PHD hasil kajiannya yang “menakjubkan”. Saya tak ingat siapa yang menegur tapi orang itu menyatakan kepada pengkaji bahawa kajiannya itu telah tertulis dalam Al-quran. Pengkaji 
itu tak percaya lantas membuka Al-quran dan ditunjukkan


56. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dengan mafhum ayat ini, kita sudah boleh memahami apa yang hendak Allah sampaikan. Hanya dengan 1 ayat, pengkaji itu mengucapkan kalimah syahadah.  Perkara yang sama berlaku kepada Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi.

Al-quran juga memberi keberkesanan pada jiwa. Banyak contoh yang ustaz bagi tapi saya ambil perkara yang sudah biasa kita dengar. Sekeras-keras hati Saidina Umar Al-Khattab yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk membunuh nabi berjaya dilembutkan tatkala mendengar alunan Al-quran yang dibaca adiknya Fatimah Al-Khattab lalu memeluk islam.


Ustaz kate, walaupun baca Al-quran tanpa faham makna pon kita boleh menitiskan air mata apatah lagi dengan memahaminya. Jadi, janganlah kita sesekali menjauhkan diri dari mendengar KATA-KATA ALLAH dan sentiasa melagukan KASIH SAYANG-NYA.. Pesanan untuk diri sendiri dan semua.. Assalamualaikum

p/s : tetibe rase nak ambek master i'jaz Al-quran..huh!berangan...

Wednesday, November 14, 2012

MuhArRam

Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun yg ke 1434H..Kalau nak dilihat secara mata kasarnya, cara menyambut tahun baru Masihi dengan tahun baru Hijrah nampak berbeza. Yang itu di"countdown", yang ini sampai "ter"lupa, yang itu ada letup2 bunga api, yang ini kita baca doa awal dan akhir tahun, yang itu ada yang terjerit2, yang ini kita baca Yassin, yang itu "terbuat", yang ini kita puasa sunat (wah, kasar nampak).. Sebenarnya boleh je kan nak buat sama yang macam kita buat pada Awal Muharram untuk Tahun Baru..tapi yela, klu kita cakap nanti orang kata, "cakap senang r, ce buat!"..memangla, tapi apa salahnya mencuba kn??..hehehe. :)


Banyak peristiwa yang telah Allah tontonkan pada kita pada bulan Muharram. Hari Assyura, Luh Mahfuz dicipta, Nabi Isa diangkat ke langit dan sebagainya..(Peristiwa ni saya dapat masa dengar IKIM, klu ada khilaf kt mana2 sile beritahu...)

Dalam bulan ini juga amalan-amalan sunat seperti berpuasa, doa awal dan akhir tahun, perbanyakkan zikir dan sedekah serta amal kebajikan yang lain boleh dilakukan. Amalan2 ini bukan sahaja boleh dilakukan semasa bulan2 tertentu sahaja, tapi seeloknya setiap masa.. Hasil dari pembelajaran Ulum Hadith tentang hadith palsu (maudhu'), sebenarnya kita banyak menerima hadith2 yang menerangkan tentang fadhilat tentang suatu ibadah yang sebenarnya adalah hadith palsu tanpa kita sedari. Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2, buatlah suatu ibadah itu kerana Allah jangan kerana fadhilatnya. Mungkin fadhilatnya kita boleh gunakan sebagai pembakar semangat tapi khas untuk Allah.


Akhir kata, maafkan saya jika ada khilaf di mana2 dan Salam Maal Hijrah 1434... Assalamualaikum...

Tuesday, November 6, 2012

tOucHing 2...

Xhabes2 nk memuaskan kehendak perut ni..
Boleh, mase ondaway nak pegi toilet, lalu la kt sebelah tong sampah ni..sedapnyeee...aik,bukan sedap bau sampah..sedapnye bau durian..terdetik di hati..Ya Allah, teringinnye nak makan durian...

(selang 5 minit)
Tuk3.."Dik, makan durian x..ade akak sebelah tu kasi, akak xmakan la durian, nak?" {sambil menghulur}
Dengan malunya, "makan, boleh je..." ngeh3... tq jiran..

Makan la dengan rase terharunya sambil meninggalkan sebentar niat nak study..kononnye
dengan hand-out2 aku hempap...

Touchingnye dengan DIA, baru je terdetik DIA da dengar, DIA memang Maha Mendengar, cume kita je tak nak dengar apa yang DIA suruh...

Alhamdulillah...
Terima Kasih Ya Allah...

Dah3...study 4 the last war..Besok exam Ulum Quran & Ulum Hadith..Last2..xsabar nk cuti...
Errggkk...Alhamdulillah, knp cm ad bau durian je...siapa la yang makan ni..agak2 ler...aishh.. ^_^
ASSALAMUALAIKUM....

Sunday, October 28, 2012

TanJunG daN GunUng


Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam. Mengalami demam yang secara tiba2 mmbuatkn hati ni gundah gulana gelora jiwa ombak rindu..hahaha…takut tak dapat exam..smp sanggup menelan 2 biji panadol, sebiji actifast dan soluble sekaligus..i’m drug addict..kahkahakah

Hati berbunga gembira apabila sedara mara yang comels and lawaks pulang ke kampong. Kalau berkumpul je mesti gelak sampai pengsan. Pagi raye cam biase ke surau, lpas 2 tgok lembu disembelih dan menerima agihan daging2 lembu yang banyak sampai tak muat peti sejuk..alhamdulillah.. Start la mencungkil gigi krn anasir2 yang terselit di gigi menganggu.

Petang, busu bwk budak2 teruna ke tanjung menenangkan fikiran. Budak2 menenangkan fikiran??? Korang kne fikir ap je??
gendut tanjung style!!!

Petang tu jugak me, Suaidah n Diyana go to tanjung nk makan ABC, Kue Teow Goreng Mamak n Rojak..xlupe jugak Sirap diyana yg menyegarkan..touching sb sue bg kek..sob3..

Malam pulak, buat doa selamat sambut hari jadi my sepupu, Aisyah.. Menu utama ialah Filet Sushi, Fries dan tembikai..rugi xdpt mnikmati sebab kekenyangan.


Hari Sabtu, tanpa dirancang tibe2 Busu ng Mak Andak ajak g Gunung Ledang. zooooooooooommmm, trus aq ltk raket benti maen bdmnton..dengan xmandinye..Agak lame xpergi c 2 dan kelihtn diri ini excited... Sebagai wanita muda yang paling tua, aku kenalah menjaga kanak-kanak ribena sekalian..

mereka curi port aku yg sangat privacy itu..spiderman m'sia???
xmaen la air2 kt cni : danial said

kebaikan aku yang melampau dibalas dengan pembulian sehinggakan


seorang manusia ditemui terdampar dan dibawa arus hingga ke sungai melaka...haha

bersuka ria je tau..nk exam plak 2..arab lg...ble lg kn nk brsama kaum kerabat klu da bz ..ini je la masenye..tu saje utk hari ini...
Saranghae...
Assalamualaikum...

Saturday, October 20, 2012

BoLeh KirA-KirA, tApi JAngaN beRkira:::...

Mengajar manusia untuk bersabar lebih mudah daripada mengajar untuk bersyukur.
Yup, induksi kita pada hari ini..

Nak kongsi sikit tentang topik yang dibincangkan di radio Ikim pagi tadi oleh Ustaz Pahrol. Mungkin tak semua dapat disampaikan sebab saya bukan Ustaz Pahrol tapi insyaAllah ad kaetan..ngeh3..

Apa beza nikmat dengan rezeki? Macam sama tapi bagi definisi yang mudah difahami nikmat itu lebih besar dan rezeki itu lebih khusus. Terlalu banyak nikmat dan rezeki yang Allah bagi?? Apa lagi, masa untuk memberi telah tiba. Ha! Time ni la sume tunduk kepale, yang menulis pun same.. -_-.. inilah penyakit yang da byk berjangkit tapi ‘doktor’ xdapat lg bagi nama apa penyakit ni.



Ustaz Pahrol kata, ada 3 sebab manusia selalu rase yang mereka tidak boleh memberi :-

1.   Rase tak ada apa2 nak diberi..'abes, duit memg da tak ada, nk buat mcm mane??' Ustaz kate, nk beri sesuatu tidak semestinya dengan harta. Tengok keadaanla.. kalau memg tak ada, tak pela. Doa kan ada..

2.   'Mana boleh senang2 nak bagi, usaha kita tu. Penat2 cari, nak bagi orang pulak.' Habis, siapa yang bagi kudrat nak mendapatkan semua 2? Bukan Allah ke?? Don’t worry, Allah akan tambah punya. Bukannya perlu memberi setinggi gunung seluas lautan pon..sekecil semut pon Allah kire.

3.   'Tak nak la. Bukannya nanti dia ingat aku. Silap2 terima kasih pon xcakap.' Allah kate, orang sombong je yang cakap mcm ni. Confirm ke kita bersyukur setiap kali Allah bg rezeki??

Nilah ragamnya. Betul jugak kan. Macam pernah rase je.#dush..
“ustaz, bukan ke kita kena ikhlas klu nak memberi. Baek xpayah bagi klu tak ikhlas, sia2 je.” Haha.. abes tu, kalau solat, nak tunggu khusyuk baru solat ke. Macam tu, tak solat la jawabnya. Ustaz kata, tak apa kalau kita xikhlas pon, jangan ikhlas dulu kalau xboleh, buat je, memberi dalam bermujahadah, InsyaAllah Allah akan ajar kita ikhlas.

Jangan berkira tp boleh kira-kira. 
Rasulullah pon tanya dulu Saad b Abi Waqas apabila beliau nak mengorbankan hartanya. Rasulullah tanya adakah masih ada harta untuk keluargamu dan kaum qerabatmu. Jika cukup maka korbankanlah.

Jaga Hablu minAllah dan Hablu minAnnas
Minta pada Allah, beri pada manusia

Friday, October 19, 2012

PaUsE::::...

BELAJAR UNTUK TEKAN "PAUSE"...fokus3... 
bru bjet nk buat ksimpulan dgn buku S.A.B lepas bace...hehhe..tapi selayaknya penulis menyimpulkan...bes lg ksimpulan beliau...

yup, belajar untuk tekan PAUSE...tekan pause untuk memberi masa pada diri..kita bukan orang hebat yang senang2 nak buat keputusan on the spot..tekan pause untuk berfikir..tekan pause untuk rest sekejap...beri masa pada diri untuk think before act..u'll find the power of pause..



tekan PLAY jika rase yakin n da fikir abes baek dengan apa yang kita nk teruskan. STOP kalau rase ade something yang kita rase adalah lebih baik kalau tidak teruskan. FORWARD klu rse prlu percepatkan langkah..REWIND klu rase ada sesuatu yang kne tgok balek, kot2 ad salah atau ter'miss' something..

hidup ni mcm software kn..nk kne RUN, INSTALL, NEXT, BACK, ALLOW & CLOSE...
peringatan yang paling baik untuk diri sendiri..


P/S: DON'T ALLOW if u think it may harmful yours..

Monday, October 15, 2012

OctObEr::.. :'(

Hampir sebulan mncari, tapi xde rezeki...pergi je,xde..pergi je, hbes.. agak sedih..tpi gembira, Allah dgr doa kite..dkurniakn shbt2 yg prihatin..dpt jgk akhirnya..hadiah ketika hati sdg berduka...speechless...Thanks Allah n 2 all of u...


buku ni bukn utk org yg nk brkhwn je, smue bleh bce...motivasi hati...tulisan Hilal memg..xtau nk ckp, superb..kne dgn jiwa org yg byk mslh cm aq ni..




triple like..ad 1 kate2 Harland pd Will wt aq trsentak.. 
::..Sayang boleh buat masa itu berlalu, masa boleh buat sayang itu hilang::..

Ya Allah,

•» Seandainya luka ini berhikmah maka biarkanlah..
•» Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah..
•» Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah..
•» Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah..
•» Seandainya cinta ini diredhai maka satukanlah..

Exam dekat dah, tpi 2 la..fenomena sblum exam.dok ngulang tgok men in black, avengers, harry potter, chronicles, lord of the ring n maen game..haishh.


Tuesday, September 25, 2012

POW!...

assalamualaikum...
rupenye, dlm keriangan ad ksedihan.. 2 r.. ske2 sgt men bowling amekaw, kne "pow"..pow ke pau ek??xkshla..

nk djadikan cter, knon nk lpas tension, men la bowling brsama "mkcik2" sekalian..sblum nk blek 2 ktorg jln seperate...aq n ain brdue je..then, ondway nk blek, ad la 2 org mnusia cine pggil ktorg soh tulis nme utk survey dorg...pergh, ckp serupe halilintar...agk r klajuan 150 km/j..speaking kot...agknye itu tujuan dy, xnk bg haku ni fhm..mle2 xnk, abes cm da kne pkse...tulis la nme 2..ps 2 dy soh sign..aq pon sign..pas 2, ad 1 column yg sgt mncurigekn dsitu. ad yg tulis 60, 70..pas 2 bru la dy ckp soh tulis hrge yg kte bleh bg utk souvenir yg dy tnjuk, teddy bear pangkat ibu jari je..minimum 20..

tbe2!! dy soh kte byr hrge yg kte tulis...hello,psl plak..aq ckp la xleh ke xbyr..dy kate xbleh dgn real nye...peh, memg xleh lari r...siap tnjuk org bisu lg...nk xnk kne byr dgn kepokaian yg tg mlnde...siyes, memg xd duit...da r nk cpt2 blek.klu xbyr tkot dy ad surt2 yg dhide, mmbuktikn kte da sign kne byr...mls nk byk cte, byr dgn hti yg trtutup dn dihadiahi dgn......

chopstick yg brhrge RM 20...jer...klu aq tlis 70 td??smgt...nseb pndi gne, klu x, memg jd mknn tong smph la


dugaan minggu ni, sakit gigi yg mlmpau..org kate skit gigi ni, memg antara sakit yg pling sakit.. sb 2 ad dktr khusus utk gigi..hehe..xfhm ap mslhnye, gigi graham bongsu yg da lme tumbuh tp tbe2 dy cm ketepi pipi dan mengakibatkan sakit gigi, gusi,pipi, telinge n kepala..asl nk ckp ke mkn ke ketap gigi knfom trgigit dlm pipi..memg serius sakit..nk g klinik xde mse..nk g wktu kuliah byk prosedur, ptg da pnt, mlm lg la..yeah, mktb just like school..mkn pulak, 1 suapan hmpir 4 minit nk mngunyah.jd kurg la mknnye..
tp ble mlm jd lapar tahap butterfly brperang ng cacing..
n nseb la ad kwn yg prihatin...sbut je lapar, dpt meehun greng bsh extra pedas...tq nad..ps 2 ad lg sorg yg prihatin sgt dgn aq yg kasihan ni..xpasl2 dpt ...

memg xshat lgsg pemakanan aq mlm ni...samurai burger n ribena...trbaek r KD

sakit is sakit, lapar is lapar..hdup prlu dtruskn..hehe..kesimpulan cerita2 mgu ni, redha is penting..rdio ikim prnh brkte, sbr 2 ibarat kte dpukul oleh org yg dkt atau yg kte knl kte kne sbr, mnakla redha plak kte dpukul oleh org yg kte xknl lgsg, kte kne redha..cm 2 la ng kes pow n sakit ni pon...ap pon bnde da lpas..sje nk tell story...my blog kn...its up to me..thats all..nandre...assalamualaikum

Saturday, September 15, 2012

UJian, KiFArah @ NikMat..?

Assalamualaikum...
Nikmatnya dpt mnghirup udara pagi kt kmpung...rse hilg sgale kpenatan...lega..Alhamdulillah..

sekarang, da xbleh dgr org sebut "21" dlm kelas..sebak..sbb bukn 21 lg...
ble Allah nk uji, ble2 mse je Allah bleh uji...xdpt pon nk duga ujian tu dtg ble.
sklip mate Allah menguji seorg shbt itu dgn ksihatannye...rindu..smp xboleh nk dgr suare, dgr shbt itu mmbri salam hatta dlm keadaan gmbira skalipon, tetap rse hiba..xbleh nk thn sebak..maaf sahabt..msih mncri kkuatn..

ttkala 1 ujian mndtgi seorg shbt, dtg lg ujian pd diri dan shbt2 yg lain...ya, kami sehati sejiwa..UJIAN BUKTI KEIMANAN...nk lekat sabar dlm hati memg bukn mudh tp cuba utk brsabar adlh yg sbaiknya.
sedih xdpt brsama2 lg dgn shbt itu.brgurau, menyakat, brbncg, ketawa dan belajar brsama..

Btul, ble dekat mungkin kite jrg merasa tp ble jauh rasa jarang jd smkin dkt n slalu mnghinggap..
Sahabat walaupon kte xdpt bljr brsama, tapi hakikat kita brkongsi matlamat yg sama, nk mndidik n mlhirkn insan generasi Al-Quran yg mmpu menggoncg dunia..InsyaAllah..

diharap ukhuwah yg dibina adalah krn Allah dan tdk akn trputus..
Mungkin ini ujian, kifarah dosa atau nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa. Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(At-Taghabun : 11)

Friday, August 31, 2012

SelaMat HarI LaHIr..

Assalamualaikum

31 Ogos 2012M bersamaan 13 Syawwal 1433H, hari Jumaat.
Alhmdulillah, pada hari ini Malaysia telah masuk ke tahun 55 merdeka..dsmbut dgn kemeriahan warna warni formasi, belia yg aktf menari dan tema yg sgt SESUAIII...
Bersyukurlah kerana diberi nikmat hidup dalam negara yg merdeka. 
hari ni juga merupakan hari lahir babah yg ke 55...selamat hari lahir bah... :)...  :(

kemas2 rumah trjumpe album lama...heheh
comel x..kahkahkah..abaikan

p/s: knpe masakan org yg pndai gler memasak brbeza dgn masakan ibu ek..yes, dtmbh ng MSG motherly..ptutla..

Monday, August 27, 2012

.:::deSTinaSi cINta::.


Ketika ALLAH menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya sekali.. Tidak hanya salah satu..

Dan apabila dua hati mengingati yang SATU, maka mudahlah bagi kedua-duanya bersatu.. (copy from status suaidah)


prnh dgr jgk sbelum ni..hnye 1 je yg dpt dsmpulkn, igtlh Allah..sntiasa...hatta bila sudah brkhwin skalipun, cinta?Allah First...
tringt pd 1 lgu famous mse skolah mnengah dlu..mse zmn remaja2 dlu, klu dgr lagu ke nasyid ke maen pki nyanyi je, xhayati ap yg nk dsmpaikn..skrg da len..

DESTINASI CINTA


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...


emosi: xstabil,konfius,letih,sakitt,sedih xtntu psl..
sebab: kurang makanan rohani...
so,topup lah...

memilih harus pakai akal, dipandu oleh iman
bakal tekal dan aman
bukan pakai nafsu dan sesuka hati,
jgn trburu nnti mati..

RaYeRR laGi~~~

Assalamualaikum...
Taqabalallahu minna waminkum..
Alhamdulillah, sbuln brpuasa tbe syawal pula mnjelma..raye pon bwk seribu makna bg aq, sb gmbira dpt jumpe saudara mara..subuh raye 2, rse sayu je tringat arwah babah..klu pg rye mst dy kjut soh solat n mndi sunat raye..Smoge babah ditempatkn dlm klgn org briman..

Emm,prkre bese klu org kate raye prtama ni bes..memg bes pon..nk cte jgk..pg 2 bgun,solat,mandi cm bese..kmudian dhentam dgn mnjemur kain yg agk r bnyaknye..siap2 pas 2 nk g solat raye..bleh plak brbual2 ng mkcik kt surau smp sume org da blek lame..kt rumh sume da ready pki bju kurung nk mntk2 maaf..aq sorg je trkial2..mcm mls nk cter..rsenye gmbr mggmbrkn sglenye..

raye2 pon maen carom...aq sorg je xmkn lg..ksiannn..
hero malaya (pak ngah)

raye sane raye cni ng family, tbe gliran beraye ng kwn2 plak..konvoi ktorg smpai 2 hari..khamis n jumaat..stkt ni, inilh konvoi yg pling jauh n ramai..



alhmdulillah, slamat sudh semuanya..yg tyr moto pecah pon da settle.hehehe..kwn2, bes beraye ng korg...maaf klu ad slh slp spnjg brkwn..thanks..
mood braye da abes n da hilg da pon sb da ad kt mktb..assignmnt mnnti dirinya utk disiapkn..ptotnye g klas ari ni, tp oleh sb sakit yg xdpt dielakkn, cuti shari..

p/s: tbe2 rndu...





Thursday, August 16, 2012

PeNdEk BUt SweeT (PBS)

Assalamualaikum
yeah, da nk raye..biasela ble da smggu da nk raye, xde bnde laen da nk pk..xbju rye, kuih rye, xpon duit rye..emm..tpi sblum org seperti aku yg msih brgelar guru pelatih kne mnunaikan tanggungjawab sblum brgelar guru..
PBS(Program Berasaskan Sekolah) atau ROS...ni la yang last, ni jgk la yg pling pendek..nk rye kn..3 hari je kot...but sweet...hehehhe..kali ni bermusafir ke Kulaijaya plak..kua skit la Muo 2...dok Muo je, xbrkembang lgsung..byk kisah sbnrnye dri awal nk dtg dri Muo ke Kulai ni...byk part...
**************************************
PART 1 (mahal woo air mate)
tiket nk ke Kulai xde..jd kne bli tiket ke JB..so, klu nk benti kne benti sblum smp Larkin, klu x, xPBS la aq..grak menaiki bas pkul 11 pagi..naek je bas, "Pakcik bleh x nt berhentikn sye kt dpn tol Skudai"..."eh, mne bleh, rye2 ni xleh maen ske2 je nk benti, kang kne bg duit rye kt JPJ, awk nk bayakn ke?".."tp pakcik org yg nk ambk sye tgu kt c 2..jauh pkcik klu nk ke Larkin..sye nk prktikal ni".."awk prktkal ble?".."bsok".."alah, bsok bukn ari ni..da xde2, g dduk, pkck xbleh nk benti sne" merayu2 punye mryu xdpt..perggh brgenang2 kot air mate..thn2..aq ni da la gembeng..duduk smbl wt muke sdeh n toleh kiri knn...MAK AIi, sume cine ke dlm bas ni, aq sorg je melayu...bia btul..aq sdeh2, dorg pkat mkn rmai2..waaa...pkcik cek smue pnumpg smbl tgok mke aq...ok..xde prasaan...smp la kt R&R pagoh..pkck 2 lalu lg...tbe dtg prasaan yg memg xleh nk control....aq mngis......meleleh air mte xleh bnti sb da mrayu2 lg pon xdpt..cmne...nseb single seat...kli ktige pkck lalu, "da2, jgn sdeh2 hati, nt pkcik trunknnn..."awk sorg je tau"...Alhamdulillah, Allah mkbulkn doa org brpuasa...rse nk mlompt je..kihkihkih..tq pkck...cis, tanpe kate2, airmate mmpu mnundukkn..hahaha..bak kate syammim, aq bleh jd plakon r..sory, siyes aq xblakon...malunye, knpe la aq gembeng sgt..

**************************************
PART 2 (debor)

Smpai2 je solat, n family syamim pon smp..hujan yg agk lbat menymbut kdtgnku ke Kulai..hehehe.then dorg bwk g Danga CIty Mall n Plaza Angsana..nk brblnje utk hari rye kn..memg org2 kt sne da mcm sandwich kne lenyek..rmi gle..smp nk buke xde tmpt...lpas urusan sume slesai..blek rumh, buat ape yg ptot sb bsok da nk SEKOLAH..ok fine, pg 2 rse debar je nk g skola..SK TAMAN KOTA KULAI..e 2 la tmptnye..dkt je ng rumh..first2 kne dok kt assembly,bris dpn plak 2 then mstila kne jumpe GB kn...cot cet cot cet, ok GB sgt baik n ske bg nsihat..GPK pon sme..tugsan prtame untk mengOBSERVE Ustaz prlu dslesaikn..ksmpulnnye, ckgu2 lme sgt tkut dgn prktaan OBSERVE..ktorg bukn nk observe n wt pnilaian pon..just nk kne tgok cre mngajar je..hahaha..cuak2..hbes mengOBSERVE, jln2 plak ronde skola...
First day: pink..hehehe..ltih tp senyum ttp senyum


our guru pembimbing yg sgt baik..Ust Sirajuddin
*************************************
PART 3 (ok, murid2)

OK, hari prtme mayb xde ppe sgt...tp hari kdue memg happening...hari ni ktorg kne mengajar...sptutnye PBS xleh ngajar lg, tp da dberi tugs, wt je la..wt RPH n ABM smp dtg skola bengkak mate..mule2 syammim yg mngajar dlu..kelas 5 Delima...ajar Jawi..then aq plak kelas 5 Intan...pergh debo xya ckp r, sb diobeserve ustaz...untungla ko syammim...

awak tau, ketar lutut cikgu..nmpk x skru brgolek2 kt tpi 2...fuhh..
muke lege gler da lpas...

hari rabu ade khatam, jd hri ni kne la wt prsiapn...budk drjh 6 in charge..n jumpe la budk2 yg sportg gle..peh rse cm artis je, siap mntk autograf lg..tringt zmn skola dlu..

ble sume ckgu g meetg, budk2 stat la brtempiaran..ktorg je yg tggl..tbe2.."ckgu2, ckgu habsah ad.?" "xde, knpe?" "ckgu, bleh x, naek kls kami..ad budk gadoh..smp pth crmin mate"...fuhh smgt..trus naek kls drjh 3..dan...nmpkla ad sorg budk ni tg nangis smbl mratap crmin matenye..trus brlgk sprti pegawai FBI, tnye saksi,tertuduh serta yg dituduh..bjet je..akhirnye selesai..kisahnya adalah.......

si mangsa..si mangsa ejek si A, si A btau si B, then si B pkul si mangsa..yg pling cool si A..amboi..

**************************************
PART 4 (gmbira tp sdeh nk mningglkn)

baik, hari terakhir, kjapnye rse..bsok da nk blek..ok, siapkn sgale urusan..mntk tnda tgn n what so ever..mjlis khatam quran pon brlangsung..
alhamdulillah, brjalan dengan lancar..then lpas khatam quran abes, ktorg mlkukn tnjauan ke tmpt2 yg xg lg..
nk tgok astro, tp ye ye o je. .
gmbr ini adalah skdr hiasan..kikikiki

jd, tamatlah riwayat aq di SK Taman Kota Kulai..sdeh2..tme ksih kpd sume ckgu cekgi disane...maaf andai kami ad mlkukn slh slp spnjg brde di skola...ok, hri ni blek...smoge slmt smp...Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raye Aidilfitri...

p/s: hope kli ni pkck bas xde nk cmpk aq kt mne2..