IPG Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab,Durian Daun,75990,Melaka. Email: purple_ns02@yahoo.com.

Friday, November 30, 2012

AcCompLisheD

Assalamualaikum…
Hehe. Misi berjaya. Aku berjaya mengucapkannya tepat pada masanya. Macam biasa dalam pukul 5-5.30 pagi tolong mama bawak barang angkut pergi kedai. Ceh, asyik tengok jam je, pagi2 pakai jam macam nak pergi mana. 5.50 pagi, “Selamat Hari Lahir, ma.. hehe”. Salam dan cium mama. “ingat ko ek, mama pon tak ingat”.  “Ngeh3”.. Cepat2 blah, sebab malu.. Senyum memanjang sampai rumah. Aq ni susah sikit nak ekspres benda2 macam ni dengan kata2.. Yup, bukan anak yang suka bermanja2an macam adik2 yang lain. Tapi, xsemestinya sayang perlu diungkapkan dengan kata2 kn..

Ya, memg kadang dengan kata2 lagi baik dan lagi jelas dan bukan aku xpernah cakap Tapi aku ni kurang r intra personal ni. Jadi aku guna cara yang aku senang dengannya. Dan aku tahu mama tahu aku sayang dia.. Ceh, yakin je.. Aku rasa beban mak aku ni berkurang sikit lepas aku habis sekolah, sebab da tak payah fikir nak sara aku, nak bagi duit tiap2 bulan ke. Rase aku ni beban plak..Bersyukur sebab Allah pilih aku dapat masuk IPG.


Mak aku la yang paling cantik. Haha..Xpuas hati? sile buat aduan pelanggan.xmasalll

Sekarang nak bercita2 tinggi memang tak la.. Setakat jadi fashion designer and advicer mak aku boleh la.. Memang guru la profesionnya. Harapan aku, dapat kurangkan beban mama, adik2 berjaya dan dapat suami yang soleh dan baik..hehehe..gatal, nak jugak selitkan tu..

Dia antara yang tabah, yang kuat. Aku takut apa yang aku buat selama ni atau apa yang akan aku buat pada masa akan datang belum tentu dapat balas pengorbanannya yang terlalu besar.. Semoga dia terus diberi kekuatan, kesabaran, kesihatan dan dipermudah segala urusan. Dijauhkan dari segala bencana. Peroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ampuni dia Ya Rabb.. Amiin

No comments: