Assalamualaikum…
Pagi tadi berebut dengan adik2 nak tengok tv. Last2,
tertekan “Tanyalah Ustaz”. Ha, ambek kau diam sume. Masih lagi nak berebut?? Apa
lg, kuasa veto la. ‘Dah, tgok je Tanyalah Ustaz ni’. Kami berempat pon tengok. Kenapa
semua senyap je, rupanya khusyuk dengar ustaz 2 cakap. Siyes, adik aq yang
kecik ni pun jadi lupe dengan kete control die. Dr Muhd Sukki Othman, UPM Tajuk:
Mukjizat Al-Quran. Short and sweet. Memg sedap dengar ustaz ni cakap.
I’jazulQuran @ mukjizat alQuran. Al-quran
merupakan mukjizat dari Allah kpd Rasulullah yang akan kekal hingga akhir
zaman. Dan di dalam al-quran juga ada mukjizatnya yang tersendiri. Ada seorang
makcik tanya Ustaz. ‘Kita boleh belajar sains ke dalam Al-quran?’ Jawapan :
Al-quran ialah Kalamullah bukan kitab sains. Tapi dalam Al-quran terkandung
banyak ilmu yang Allah sampaikan termasuk sains.
Contoh, terdapat seorang pengkaji dari
Scottland yang cuba mengkaji sesuatu yang 'baharu' untuk PHD nye. Dan hasilnya
dia dapati kulit manusia yang telah terbakar, apabila dibakar sekali lagi orang
itu tak akan rasa sakit lagi. Tak caye? ce bakar..haha.. Terkejut dan malu
sebab baru tahu##.. Pengkaji tersebut berasa bangga dan berjaya mendpatkan PHD
hasil kajiannya yang “menakjubkan”. Saya tak ingat siapa yang menegur tapi
orang itu menyatakan kepada pengkaji bahawa kajiannya itu telah tertulis dalam
Al-quran. Pengkaji
itu tak percaya lantas membuka Al-quran dan ditunjukkan
56. Sesungguhnya orang-orang Yang
kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam
api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk
mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan
(ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dengan mafhum ayat ini, kita sudah
boleh memahami apa yang hendak Allah sampaikan. Hanya dengan 1 ayat, pengkaji
itu mengucapkan kalimah syahadah. Perkara
yang sama berlaku kepada Tagatat Tejasen,
seorang saintis Thailand di bidang anatomi.
Al-quran
juga memberi keberkesanan pada jiwa. Banyak contoh yang ustaz bagi tapi saya
ambil perkara yang sudah biasa kita dengar. Sekeras-keras hati Saidina Umar
Al-Khattab yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk membunuh nabi berjaya
dilembutkan tatkala mendengar alunan Al-quran yang dibaca adiknya Fatimah
Al-Khattab lalu memeluk islam.
Ustaz kate, walaupun baca Al-quran tanpa faham makna pon kita boleh menitiskan air mata apatah lagi dengan memahaminya. Jadi, janganlah kita sesekali menjauhkan diri dari mendengar KATA-KATA ALLAH dan sentiasa melagukan KASIH SAYANG-NYA.. Pesanan untuk diri sendiri dan semua.. Assalamualaikum
p/s : tetibe rase nak ambek master i'jaz Al-quran..huh!berangan...
No comments:
Post a Comment