IPG Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab,Durian Daun,75990,Melaka. Email: purple_ns02@yahoo.com.

Wednesday, January 23, 2013

Dekat-dekatlah Dengan Rasulullah

Asslamualaikum
(Jom Selawat sekejap)

Esok merupakan hari yang mulia dimana Kekasih Allah telah dilahirkan ke dunia.
Beban dan tugas Baginda sangat besar, bukan sahaja nak mempertahankan Islam untuk sampai kepada kita malah Baginda sanggup menerima separuh kesakitan dari sakaratul maut yang bakal kita wahai ahli Kubur akan alami. Betapa sayangnya Nabi pada kita.




Hampir seminggu ni, kat kelas selalu je berkumandang Qasidah, xkisahla dari video ke,mulut sendiri ke atau dari mulut orang lain. Tadi sebelum start and habes kelas, Ustazah Maimunpun suruh berqasidah. Sedap je dengar. Susunan selawat tu, memang indah, lepas 2 ditambah lagi dengan rentak-rentak yang merdu. Seronok sebenarnya berselawat ni. Paling best selawat Tobibiyah. Tapi senang cerita semua selawat sedaplah. Selawat Tafrijiyah, Murah rezeki, Syifa, Fatih, Badwi, Mubin dan lain-lain. Nak rancak lagi Qasidah Ya Hanana, Ya Badratim, Ya Thoibah, Tola'al badru 'Alaina. Selawat-selawat jugak, tapi jangan lupa sertakan apa tujuan sebenar berselawat. Mohon agar Allah sampaikan salam kerinduan dan kasih kita pada Nabi Muhammad S.A.W.

Selawat pun antara sunnah yang boleh kita lakukan. Tapi, tanpa kita sedar, sepanjang seharian kehidupan kita, kita ada melakukan sunnah2 itu, jika kita sertakan niat kerana Allah dan niat nak mengikut sunnah Nabi, inshaAllah pahala berganda. Paling mudah, senyum. smile. Meng aulakan dengan yang kanan, cara makan, bersahabat, buat ibadah, bercakap dan banyak lagi. Ini yang paling selalu kita buat, tapi jangan lupa tambah dengan yang lain..(pesanan untuk diri sendiri jugak)

Rasulullah Didekati, Sunnah Dihayati