Assalamualaikum…
Hehe. Misi berjaya. Aku berjaya mengucapkannya tepat pada
masanya. Macam biasa dalam pukul 5-5.30 pagi tolong mama bawak barang angkut
pergi kedai. Ceh, asyik tengok jam je, pagi2 pakai jam macam nak pergi mana. 5.50
pagi, “Selamat Hari Lahir, ma.. hehe”. Salam dan cium mama. “ingat ko ek, mama
pon tak ingat”. “Ngeh3”.. Cepat2 blah,
sebab malu.. Senyum memanjang sampai rumah. Aq ni susah sikit nak ekspres
benda2 macam ni dengan kata2.. Yup, bukan anak yang suka bermanja2an macam
adik2 yang lain. Tapi, xsemestinya sayang perlu diungkapkan dengan kata2 kn..
Ya, memg kadang dengan kata2 lagi baik dan lagi jelas dan bukan aku
xpernah cakap Tapi aku ni kurang r intra personal ni. Jadi aku guna cara yang
aku senang dengannya. Dan aku tahu mama tahu aku sayang dia.. Ceh, yakin je..
Aku rasa beban mak aku ni berkurang sikit lepas aku habis sekolah, sebab da tak
payah fikir nak sara aku, nak bagi duit tiap2 bulan ke. Rase aku ni beban plak..Bersyukur sebab Allah
pilih aku dapat masuk IPG.
Mak aku la yang paling cantik. Haha..Xpuas hati? sile buat aduan pelanggan.xmasalll
Sekarang nak bercita2 tinggi memang tak la.. Setakat jadi fashion designer and advicer mak aku boleh la.. Memang guru la profesionnya. Harapan aku, dapat kurangkan beban mama, adik2 berjaya dan dapat suami yang soleh dan baik..hehehe..gatal, nak jugak selitkan tu..
Dia antara yang tabah, yang kuat. Aku takut apa yang aku buat selama ni atau apa yang akan aku buat pada masa akan datang belum tentu dapat balas pengorbanannya yang terlalu besar.. Semoga dia terus diberi kekuatan, kesabaran, kesihatan dan dipermudah segala urusan. Dijauhkan dari segala bencana. Peroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ampuni dia Ya Rabb.. Amiin