IPG Kampus Perempuan Melayu,Jalan Maktab,Durian Daun,75990,Melaka. Email: purple_ns02@yahoo.com.

Wednesday, January 23, 2013

Dekat-dekatlah Dengan Rasulullah

Asslamualaikum
(Jom Selawat sekejap)

Esok merupakan hari yang mulia dimana Kekasih Allah telah dilahirkan ke dunia.
Beban dan tugas Baginda sangat besar, bukan sahaja nak mempertahankan Islam untuk sampai kepada kita malah Baginda sanggup menerima separuh kesakitan dari sakaratul maut yang bakal kita wahai ahli Kubur akan alami. Betapa sayangnya Nabi pada kita.




Hampir seminggu ni, kat kelas selalu je berkumandang Qasidah, xkisahla dari video ke,mulut sendiri ke atau dari mulut orang lain. Tadi sebelum start and habes kelas, Ustazah Maimunpun suruh berqasidah. Sedap je dengar. Susunan selawat tu, memang indah, lepas 2 ditambah lagi dengan rentak-rentak yang merdu. Seronok sebenarnya berselawat ni. Paling best selawat Tobibiyah. Tapi senang cerita semua selawat sedaplah. Selawat Tafrijiyah, Murah rezeki, Syifa, Fatih, Badwi, Mubin dan lain-lain. Nak rancak lagi Qasidah Ya Hanana, Ya Badratim, Ya Thoibah, Tola'al badru 'Alaina. Selawat-selawat jugak, tapi jangan lupa sertakan apa tujuan sebenar berselawat. Mohon agar Allah sampaikan salam kerinduan dan kasih kita pada Nabi Muhammad S.A.W.

Selawat pun antara sunnah yang boleh kita lakukan. Tapi, tanpa kita sedar, sepanjang seharian kehidupan kita, kita ada melakukan sunnah2 itu, jika kita sertakan niat kerana Allah dan niat nak mengikut sunnah Nabi, inshaAllah pahala berganda. Paling mudah, senyum. smile. Meng aulakan dengan yang kanan, cara makan, bersahabat, buat ibadah, bercakap dan banyak lagi. Ini yang paling selalu kita buat, tapi jangan lupa tambah dengan yang lain..(pesanan untuk diri sendiri jugak)

Rasulullah Didekati, Sunnah Dihayati

Wednesday, January 16, 2013

SaYa Ade "MADU"

Assalamualaikum
hehehe..Saye orang "BUSY"? yeke.memg busy. tapi busy versi laen ni..
Sekarang aku da ade madu. Ingat orang laki je ke boleh bermadu
Saje cari masalah membusykan diri sendiri. Ha,cmne kalau xboleh berlaku adil nanti. Astagfirullah

hahahaa..da cukup kuota da..4 kot. Nama2 mereka adalah Facebook, Twitter, Tumblr and Blogspot.
Handsome taw madu2 saya ni..Pehal gedik sgt ni. 
Kenapa tibe2 rase nak buat laman sosial banyak2 sgt ni?? Ntah,rase macam menarik je walaupon orang laen da lame buat.
Padahal sem sekarang ni la sem yg paling bz. kelas dari pagi sampai petang sampai tak sempat nak outing. nak praktikum lagi.. Nurul Nurul Nurul..jangan mengeluh.
Da tau busy tapi membusykan diri dengan bende2 gini plak.
Mule2 je excited, tgok la nanti.

cute smiley ni...

ni la antara geng2 bersosial. ad dua orang lagi tertinggal..pegi kelas xsah kalau xbawak laptop. hehehe

ade pro and con nye laman sosial ni..selagi guna dengan cara yang baik, rasenye xde masalah.tapi aku???..kbaii..